Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan. (HR at-Tirmizi)Abdul Wahib: Dr. Zain memberi pengakuan, penyakit ayahanda bertambah berat. Itu ada harapan mati. Jikalau ayahanda mati, segala harta-hartanya terpulang kepada siapa?
Abdul Wahab: Kepada kakandalah, kerana kakanda saudara tua.
Abdul Wahib: Semua?
Abdul Wahab: Habis?
Abdul Wahib: Eee… itu tidak adil… itu namanya diktator. Kanda, adinda rasa lebih baik kita bahagikan harta-harta ini secara demokrasi.
Abdul Wahab: Bagaimana?
Abdul Wahib: Begini … kanda yang lebih tua. Kanda mesti mengalah. Kanda akan mati dulu, adinda akan tanam kanda. Kanda jangan ambil satu sen pun harta ayahanda. Dermakan semuanya kepada adinda bulat-bulat. Ha! Itu Demokrasi.
Abdul Wahab: Demokrasi apa?
Abdul Wahib: Demokrasi Terpimpin.
Abdul Wahab: Terpimpin kepada hotak kau.
Abdul Wahub: Mengapa kanda berdua ini hah… dah jadi gilakah ? Ayahanda belum lagi mati, jangan banyak cerewet…
(Diadaptasi Daripada Filem Tiga Abdul)
1 ulasan:
Sebenarnya, Allahyarham P. Ramlee banyak memuatkan pengajaran dan sindiran dalm filem-filem beliau. Cuma kita yang terlepas pandang, terutama sekali pengajaran yang dimuatkan dalam filem-filem komedi beliau.
Mungkin elok ada yang membuat kajian tentang perkara ini supaya bila kita menonton filem-filem tersebut dimasa akan datang, kita akan lebih peka.
Sallam
Catat Ulasan