Selasa, November 11, 2008

Takbiratul Ihram

Semasa kuliah TAJWID & TILAWAH (Selasa 11/11/08), Ustaz Saiful Khan telah menjelaskan dan menjawab pertanyaan mengenai harkat bacaan lafzul Jalalah, iaitu "Allahu Akbar" ketika takbiratul ihram.

Takbiratulihram adalah salah satu daripada rukun sembahyang. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

"Daripada ‘Ali Radhiallahu ‘anhu katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Kunci sembahyang itu adalah wudhu, dan permulaan sembahyang itu (bermulanya hukum haram melakukan sesuatu yang dihalalkan sebelumnya seperti makan dan minum) adalah takbir dan penyudah sembahyang itu berakhirnya hukum haram tersebut) adalah taslim iaitu memberi salam." (Hadis riwayat Ahmad)
Takbiratulihram ialah mengucapkan "Allahu Akbar" pada permulaan sembahyang. Ia dilakukan beriringan dengan niat sembahyang. Dinamakan ia sebagai takbiratulihram, kerana orang yang bersembahyang itu mengharamkan ke atas dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti makan, minum, berkata-kata atau seumpamanya.

Menurut Ibnu Hajar, kadar had panjang mad huruf “alif” di antara hurul "lam" dan "ha" dalam lafzul Jalalah hendaklah tidak melebihi had yang telah dianjurkan oleh ahli qurra’. Iaitu sebanyak tujuh alif dan setiap satu alif pula mempunyai dua harkat.

Tiada ulasan: