Selasa, November 04, 2008

Dialog Filem 3 Abdul

Kuliyah Tafaqquh Fiddin (Us Amir Noor Hezan) telah menggunakan kitab baru bertajuk "PENYAKIT ROHANI dan Rawatannya dalam Islam". Dalam Bab Pendahuluan disyarahkan mengenai "Ujian dan cabaran hidup Manusia". Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan. (HR at-Tirmizi)
Abdul Wahib: Dr. Zain memberi pengakuan, penyakit ayahanda bertambah berat. Itu ada harapan mati. Jikalau ayahanda mati, segala harta-hartanya terpulang kepada siapa?

Abdul Wahab: Kepada kakandalah, kerana kakanda saudara tua.

Abdul Wahib: Semua?

Abdul Wahab: Habis?

Abdul Wahib: Eee… itu tidak adil… itu namanya diktator. Kanda, adinda rasa lebih baik kita bahagikan harta-harta ini secara demokrasi.

Abdul Wahab: Bagaimana?

Abdul Wahib: Begini … kanda yang lebih tua. Kanda mesti mengalah. Kanda akan mati dulu, adinda akan tanam kanda. Kanda jangan ambil satu sen pun harta ayahanda. Dermakan semuanya kepada adinda bulat-bulat. Ha! Itu Demokrasi.

Abdul Wahab: Demokrasi apa?

Abdul Wahib: Demokrasi Terpimpin.

Abdul Wahab: Terpimpin kepada hotak kau.

Abdul Wahub: Mengapa kanda berdua ini hah… dah jadi gilakah ? Ayahanda belum lagi mati, jangan banyak cerewet…

(Diadaptasi Daripada Filem Tiga Abdul)

1 ulasan:

Hussin berkata...

Sebenarnya, Allahyarham P. Ramlee banyak memuatkan pengajaran dan sindiran dalm filem-filem beliau. Cuma kita yang terlepas pandang, terutama sekali pengajaran yang dimuatkan dalam filem-filem komedi beliau.

Mungkin elok ada yang membuat kajian tentang perkara ini supaya bila kita menonton filem-filem tersebut dimasa akan datang, kita akan lebih peka.

Sallam