Ahad, November 09, 2008

Hamba Allah Yang Bertakwa

Kuliah ke-2, Pemikiran Islam (Pengajian Usuluddin), Ustaz Md Aleh mensyarahkan bahawa hamba Allah yang bertaqwa, sangat mencintai Allah melebihi kepada siapapun dan apapun.

Sebagaimana nabi Allah, Ibrahim AS. Kecintaan beliau kepada Allah melebihi kepada isteri dan anak beliau. Sehingga rela demi cintanya kepada Allah harus menyembelih anak yang tercinta. Demikian pula Siti Hajar, demi cintanya kepada Allah, rela mengorbankan anak kandungnya sendiri. Demikian halnya dengan Ismail AS, rela dirinya dikorbankan demi cinta kepada Allah. Subhanallah.

Allah SWT berfirman,

وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ

"Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah." (Al-Baqarah 2:165)

Allah SWT juga berfirman,

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku," (Ali-Imran 3:31)

Bila ikut Rasulullah itu bererti cinta pada Allah. Apa maksud ikut Rasul?

Iaitu ikut syariat yang Allah turunkan pada rasul. Jadikan panduan hidup kita. Maka Allah akui itu tanda kita cinta dengan Nya.

Tiada ulasan: