Al-Quran
Definisi: Iaitu kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menerusi Malaikat Jibril as bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, tertulis di dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir dan membacanya diberi pahala ibadah. (Makna dan lafaznya daripada Allah swt.)
Contoh: Al-Ahzab 33:21
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
Hadis Qudsi
Definisi: Iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah Taala. (Maknanya daripada Allah swt tetapi lafaznya daripada Rasulullah saw.)
Contoh: Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw berkata: "Allah Taala berfirman, 'Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya bila dia menyebut-Ku di dalam dirinya, maka Aku pun menyebutnya di dalam diri-Ku. Dan bila dia menyebut-Ku di kalangan orang banyak, Aku pun menyebutnya di kalangan orang banyak yang lebih baik dari itu. ' " (HR Bukhari dan Muslim).
Hadis Nabawi
Definisi: Iaitu apa saja yg disandarkan kepada Nabi Muhammad saw samada perkataan, perbuatan, persetujuan, ataupun sifat. (Makna dan lafaznya dari Nabi Muhammad saw.)
Yang berupa perkataan seperti perkataan Nabi saw: "Sesungguhnya sahnya amal itu disertai dengan niat. Dan, setiap orang bergantung pada niatnya."(HR Bukhari).
Yang berupa perbuatan ialah seperti ajarannya kepada para sahabat mengenai bagaimana cara mengerjakan solat, kemudian ia mengatakan: "Solatlah seperti kamu melihat aku salat." (HR Bukhari).
Yang berupa persetujuan ialah seperti Nabi saw menyetujui suatu perkara yang dilakukan oleh salah seorang sahabat, baik perkataan ataupun perbuatan; di hadapannya ataupun tidak, tetapi beritanya sampai kepadanya, seperti makanan dhob yang dihidangkan kepadanya.
Yang berupa sifat ialah seperti apa yang diriwayatkan bahawa Rasulullah saw selalu bermuka cerah, berperangai halus dan lembut, tidak keras dan tidak pula kasar, tidak suka berteriak keras, tidak pula berbicara kotor, dan tidak juga suka mencela.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan