Khamis, November 27, 2008

Mengapa Mereka Memilih Islam

Allah berfirman:

"Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam." Ali-Imran:19

Hari ini, khatib memberikan beberapa sebab kenapa ramai orang barat (Kristian) memilih Islam. Bahkan ramai lagi orang lain, selain daripada Kristian, memilih Islam. Ahli Kariah memetik kata-kata mereka untuk dijadikan kata-kata semangat mengapa Orang Islam sangat-sangat perlu menjaga Islam.

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)

“Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)

“Muslims should go to lengths to follow the basics, which say ‘be kind to your neighbors, keep smiling when you meet others, pray and do charity.’ We should serve humanity. We should not show hostility toward others, even to the followers of other faiths. This is what Islam stands for. We should present before the world a model through our behavior, nature and presentation. The Prophet Muhammad (peace be upon him) never used his sword to spread Islam; rather he spread the religion through his virtues, behavior, tolerance and righteousness. And this is what is needed to change today’s distorted image of Islam.”

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)

"In the summer of 1987, I was riding the train out to British Columbia to start a tree-planting job in the mountains. I had just finished my undergraduate degree in Philosophy and had only recently begun my personal study of Islam. I came across Fazlur Rahman's Islam in a bookstore a few days before my trip. Reading that book as I traveled across the Canadian prairies, I made the decision to apply to graduate school in Islamic Studies. His book sparked in me a keen desire to study the classical heritage of Islamic theology and law. Going a step further, I wrote a letter to Rahman (this was before we all used email) describing my situation and inquiring if I might be able to study with him. I dropped the letter in a post box somewhere in the Rockies and forgot about it until I returned east in August. There I found a hand-written note from him, inviting me to come to the University of Chicago to study with him. Rahman died before I arrived in Chicago, but it was his book and his encouragement that inspired me to start on the path to scholarship that I have found so rewarding."

Jang (Bangsa China)

BEIJING — It was around 10:00 a.m. Beijing time, nearly three hours to the Friday prayer, when the young man approached the mosque. Jang stood for sometime outside at the mosque's doorstep hesitant to step in, especially with a "Muslims Only" sign in Chinese, English and Arabic attached to the gate. He finally defeated a whiff of indecision and walked into the Muslim place of worship.

"Can we help you?" asked the mosque's leading imam.

"I want to become a Muslim," answered Jang.

Jadual Kuliah Maghrib - Disember 2008

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan." (HR Abu Daud)

Isnin 1/12 - Penyakit Rohani dan Rawatannya (Us Amir Noor Hezan)
Khamis 4/12 - Yasin & Tahlil (Us Mohd Fazri)
Jumaat 5/12 - Mensucikan Jiwa (Us Shukri)
Sabtu 6/12 - Harfiah Al-Quran (Us Mat Salleh)
Ahad 7/12 - Panduan Memahami Al-Quran (Us Kausari Mansur)

Selasa 9/12 - Tajwid Al-Quran (Us Syaiful Khan)
Rabu 10/12 - Risalah At-Tauhid (Us Mohd Aleh)
Khamis 11/12 -Surah Al-Kahfi (Us Noor Rashid)
Jumaat 12/12 - Sirah Nabawiyah (Us Mohd Ismail)
Sabtu 13/12 -Tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah (Us Shamsuddin)

Isnin 15/12 - Penyakit Rohani dan Rawatannya (Us Amir Noor Hezan)
Selasa 16/12 - Tajwid Al-Quran (Us Syaiful Khan)
Rabu 17/12 - Mensucikan Jiwa (Us Shukri)
Khamis 18/12 - Surah Al-Kahfi (Us Mohd Fazri)
Sabtu 20/12 - Harfiah Al-Quran (Us Mat Salleh)
Ahad 21/12 - Panduan Memahami Al-Quran (Us Kausari Mansur)

Khamis 25/12 -Surah Al-Kahfi (Us Noor Rashid)
Jumaat 26/12 -Sirah Nabawiyah (Us Mohd Ismail)
Sabtu 27/12 -Tafsir Al-Quran (Us Shamsuddin)
Ahad 28/12 - Risalah At-Tauhid (Us Mohd Aleh)

Selasa 30/12 - Penyakit Rohani dan Rawatannya (Us Amir Noor Hezan)

Rabu, November 19, 2008

Kenapa Susah Nak Faham Ilmu?

Dalam seminggu dua ini, dua orang penceramah, secara berasingan, telah membuat ulasan mengenai keresahan pendengar untuk memahami ilmu yang mereka sampaikan. Memang tidak dinafikan, kekadang ada juga ilmu yang agar sukar difahami.

Ilmu itu, adalah cahaya daripada Allah swt. Tidak akan diberi Allah kepada hamba-Nya, melainkan mereka yang benar-benar dicintai-Nya. Ilmu itu suatu yang suci dan kudus. Penuh dengan rahsia dan falsafah. Ia ibarat makhluk yang bernyawa, maka sememangnya ada syarat-syarat yang terperinci untuk memilikinya. Bukan sebarang manusia boleh memahaminya.

Keutamaan manusia dari makhluk Allah lainnya terletak pada ilmunya. Bahkan Allah menyuruh para malaikat agar sujud kepada Nabi Adam as karena kelebihan ilmu yang dimilikinya. Kita bersyukur atas keutamaan yang Allah berikan kepada kita dengan menggunakan segala potensi yang ada pada diri kita untuk Allah atau di jalan Allah.

Doa Mohon Tambah Ilmu:

رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Ya Tuhan kami, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. (Thoha 20:114)
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Ya Tuhan kami, berilah aku ilmu dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang sholeh. (Asysyuara 26:83)

Isnin, November 17, 2008

Anakku Sazali (filem)

Kuliyah Tafaqquh Fiddin (Us Amir Noor Hezan) pada hari Isnin 17/11/08 kitab "PENYAKIT ROHANI dan Rawatannya dalam Islam". Masih dalam Bab Pendahuluan disyarahkan mengenai "Derita Dan Bahagia Dalam Hidup". Rasulullah saw bersabda:

"Empat perkara bagi membahagiakan seorang manusia, iaitu isteri yang salih, anak yang baik, bergaul dengan orang yang baik-baik (salih) dan adanya rezeki dalam negerinya." (HR ad-Dailami daripada Ali)

Mengenai anak yang salih ini, Us memberikan contoh anak yang kurang salihnya, seperti Sazali:

Rabu, November 12, 2008

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Kepada Muslimin dan Muslimat, yang akan menunaikan haji:

Ahli Kariah mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji kepada semua umat Islam di negara ini terutamanya kepada Ahli Kariah SS7.

Ahli Kariah mendoakan semua selamat pergi dan kembali semula ke tanah air. Juga mendoakan diberikan kesihatan fizikal dan mental bagi menjalankan ibadah haji. Semoga semua bakal jemaah haji pada tahun ini akan diberikan Haji yang Mabrur kelak. Amin.

Untuk maklumat tentang ibadah haji, LZS (MAIS) menyediakan panduan ibadah haji serba ringkas.

Selasa, November 11, 2008

Takbiratul Ihram

Semasa kuliah TAJWID & TILAWAH (Selasa 11/11/08), Ustaz Saiful Khan telah menjelaskan dan menjawab pertanyaan mengenai harkat bacaan lafzul Jalalah, iaitu "Allahu Akbar" ketika takbiratul ihram.

Takbiratulihram adalah salah satu daripada rukun sembahyang. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

"Daripada ‘Ali Radhiallahu ‘anhu katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Kunci sembahyang itu adalah wudhu, dan permulaan sembahyang itu (bermulanya hukum haram melakukan sesuatu yang dihalalkan sebelumnya seperti makan dan minum) adalah takbir dan penyudah sembahyang itu berakhirnya hukum haram tersebut) adalah taslim iaitu memberi salam." (Hadis riwayat Ahmad)
Takbiratulihram ialah mengucapkan "Allahu Akbar" pada permulaan sembahyang. Ia dilakukan beriringan dengan niat sembahyang. Dinamakan ia sebagai takbiratulihram, kerana orang yang bersembahyang itu mengharamkan ke atas dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti makan, minum, berkata-kata atau seumpamanya.

Menurut Ibnu Hajar, kadar had panjang mad huruf “alif” di antara hurul "lam" dan "ha" dalam lafzul Jalalah hendaklah tidak melebihi had yang telah dianjurkan oleh ahli qurra’. Iaitu sebanyak tujuh alif dan setiap satu alif pula mempunyai dua harkat.

Isnin, November 10, 2008

Ayat-Ayat Cinta (film)

Kuliah Ke-2 SENI ISLAM (Pengajian Usuluddin), Ustaz Mohd Ismail mensyarahkan bahawa salah satu daripada bahagian Seni Islam ialah Pembacaan*. Contohnya novel, seperti Iman karya Dato' Abdullah bin Hussain, Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy.

Novel Ayat-Ayat Cinta telah difilemkan yang telah digarap oleh Hanung Bramantyo. Berikut ialah petikan daripada filem tersebut:


*Lain-lain bahagian Seni Islam ialah: Pendengaran (contoh: musik), Pandangan (lukisan), Pendengaran & Pandangan (lakunan).

Ahad, November 09, 2008

Hamba Allah Yang Bertakwa

Kuliah ke-2, Pemikiran Islam (Pengajian Usuluddin), Ustaz Md Aleh mensyarahkan bahawa hamba Allah yang bertaqwa, sangat mencintai Allah melebihi kepada siapapun dan apapun.

Sebagaimana nabi Allah, Ibrahim AS. Kecintaan beliau kepada Allah melebihi kepada isteri dan anak beliau. Sehingga rela demi cintanya kepada Allah harus menyembelih anak yang tercinta. Demikian pula Siti Hajar, demi cintanya kepada Allah, rela mengorbankan anak kandungnya sendiri. Demikian halnya dengan Ismail AS, rela dirinya dikorbankan demi cinta kepada Allah. Subhanallah.

Allah SWT berfirman,

وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ

"Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah." (Al-Baqarah 2:165)

Allah SWT juga berfirman,

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku," (Ali-Imran 3:31)

Bila ikut Rasulullah itu bererti cinta pada Allah. Apa maksud ikut Rasul?

Iaitu ikut syariat yang Allah turunkan pada rasul. Jadikan panduan hidup kita. Maka Allah akui itu tanda kita cinta dengan Nya.

Selasa, November 04, 2008

Dialog Filem 3 Abdul

Kuliyah Tafaqquh Fiddin (Us Amir Noor Hezan) telah menggunakan kitab baru bertajuk "PENYAKIT ROHANI dan Rawatannya dalam Islam". Dalam Bab Pendahuluan disyarahkan mengenai "Ujian dan cabaran hidup Manusia". Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan. (HR at-Tirmizi)
Abdul Wahib: Dr. Zain memberi pengakuan, penyakit ayahanda bertambah berat. Itu ada harapan mati. Jikalau ayahanda mati, segala harta-hartanya terpulang kepada siapa?

Abdul Wahab: Kepada kakandalah, kerana kakanda saudara tua.

Abdul Wahib: Semua?

Abdul Wahab: Habis?

Abdul Wahib: Eee… itu tidak adil… itu namanya diktator. Kanda, adinda rasa lebih baik kita bahagikan harta-harta ini secara demokrasi.

Abdul Wahab: Bagaimana?

Abdul Wahib: Begini … kanda yang lebih tua. Kanda mesti mengalah. Kanda akan mati dulu, adinda akan tanam kanda. Kanda jangan ambil satu sen pun harta ayahanda. Dermakan semuanya kepada adinda bulat-bulat. Ha! Itu Demokrasi.

Abdul Wahab: Demokrasi apa?

Abdul Wahib: Demokrasi Terpimpin.

Abdul Wahab: Terpimpin kepada hotak kau.

Abdul Wahub: Mengapa kanda berdua ini hah… dah jadi gilakah ? Ayahanda belum lagi mati, jangan banyak cerewet…

(Diadaptasi Daripada Filem Tiga Abdul)