Tarikh | Hari | Topik | Penceramah |
---|---|---|---|
1 | Ahad | Panduan Memahami al-Quran | Ustaz Kausari Mansur |
2 | Isnin | Penyakit Rohani dan Ratannya | Ustaz Amir Noor Hezan |
4 | Rabu | Bahasa Arab Komunikasi | Ustaz Mat Salleh |
5 | Khamis | Surah al-Kahfi | Ustaz Noor Rashid |
6 | Jumaat | Mensucikan Jiwa | Ustaz Sukri Idris |
7 | Sabtu | Harfiah al-Quran | Ustaz Mat Salleh |
10 | Selasa | Tajwid al-Quran | Ustaz Syaiful Khan |
11 | Rabu | Risalah at-Tauhid | Ustaz Mohd Aleh |
12 | Khamis | Surah al-Kahfi | Ustaz Mohd Fazri |
13 | Jumaat | Sirah Nabawiyah | Ustaz Mohd Ismail |
14 | Sabtu | Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah | Ustaz Shamsuddin |
15 | Ahad | Panduan Memahami al-Quran | Ustaz Kausari Mansur |
16 | Isnin | Penyakit Rohani dan Rawatannya | Ustaz Amir Noor Hezan |
17 | Selasa | Tajwid al-Quran | Ustaz Syaiful Khan |
18 | Rabu | Mensucikan Jiwa | Ustaz Sukri Idris |
19 | Khamis | Surah al-Kahfi | Ustaz Noor Rashid |
21 | Sabtu | Harfiah al-Quran | Ustaz Mat Salleh |
22 | Ahad | Risalah at-Tauhid | Ustaz Mohd Aleh |
25 | Rabu | Bahasa Arab Komunikasi | Ustaz Mat Salleh |
26 | Khamis | Surah al-Kahfi | Ustaz Mohd Fazri |
27 | Jumaat | Sirah Nabawiyah | Ustaz Mohd Ismail |
28 | Sabtu | Tafsir al-Quran | Ustaz Shamsuddin |
Jumaat, Januari 30, 2009
Jadual Kuliah Maghrib - Februari 2009
Khamis, Januari 29, 2009
Mesyuarat Agung Khas-Keputusan
Ahli kariah MNY telah membuat pilihan mereka. Walau bagaimanapun pengesahan jawatan hanya akan dilaksanakan dalam bulan Jun 2009. Nama-nama berikut telah terpilih untuk menyandang jawatan bagi sesi 2009-2012:
Pegawai Masjid
1. Nazir - Dato' Hamzah bin Abdullah.
2. Imam 1 - Ust Mohd Fazri Ahmad Murad.
3. Imam 2 - Ust Noor Rashid Mohd Noor.
4. Imam 3 - Dato' Hj Wan Mohd Mahidin Wan Kadir.
5. Bilal 1 - Hj Baharudin bin Sulaiman.
6. Bilal 2 - Hj Mat Lias bin Mat Sam.
7. Siak 1 - Hj Baharom bin Yaakob.
8. Siak 2 - Darus bin Abdul Ghani.
Jawatankuasa Masjid
1. Timbalan Nazir - Hj Wan Ahmad Kamal Wan Ahmad
2. Setiausaha - Hj Hussin bin Othman.
3. Penolong Setiausaha - Hj A Karim bin Sailan.
4. Bendahari - Hj Jubley bin Abu Bakar.
5. Wakil Pemuda - Ibnu Nizar bin Hamzah.
6. Wakil Wanita - Hjh Jamariah binti Mohd Jan.
7. AJK - Bahar Nordin Samat.
8. AJK - Hj Mohd Yusuf bin Husin.
9. AJK - Hj Mohd Mustakim ABd Manaf.
10. AJK - Puan Ari binti Basir.
11. AJK - Dato' Lamien bin Sawiyo.
12. AJK - Hj Md Asnyat Asmat.
13. AJK - Abd Razak Abd Jalil.
14. Pemeriksa Kira-Kira 1 - Hj Zulkifli.
15. Pemeriksa Kira-Kira 2 - Hj Anuar bin Abu Hasan.
Sabtu, Januari 24, 2009
Al-IIlaa’
PENGERTIAN IILAA’
Dari segi bahasa: Illaa' bermakna sumpah.
Dari segi syarak: Illaa' ialah satu sumpah yang dibuat oleh seorang suami, dengan nama Allah SWT, atau satu daripada sifat-sifat-Nya, ataupun dengan nazar atau ta'lik talaq, untuk tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya bagi satu tempoh tertentu.
DALIL IILAA’
1. Firman Allah:

لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ فَإِنْ فَآؤُوا فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (2:226)
وَإِنْ عَزَمُواْ الطَّلاَقَ فَإِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (2:227)

Maksudnya: mereka (suami) yang bersumpah terhadap isteri-isteri mereka (tidak akan mensetubuhinya) maka isteri hendaklah menunggu selama empat bulan. Sekiranya suami-suami yang bersumpah itu kembali semula (mensetubuhi) sesungguhnya Allah pengampun lagi maha penyayang. Dan jika mereka bermaksud untuk menggugurkan talak, maka Allah pendengar lagi mengetahui. (Al-Baqarah (2):226–227)
2. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Rasulullah SAW telah bersumpah tidak mahu bersetubuh dengan isteri-isterinya dan ia mengharamkan, ia jadikan yang haram itu halal dan ia jadikan kifarat pada sumpahnya itu. (Riwayat At-Turmizi)

HUKUM IILAA’
Sekiranya suami yang mengiilaa’ isterinya itu tidak juga mahu mensetubuhi semula dalam masa empat bulan, maka isteri boleh membuat pengaduan kepada kadhi meminta supaya suaminya itu mensetubuhinya semula serta membayar kifarah sumpahnya. Dan jika suami tidak juga mengindahkan tuntutan tersebut, pihak isteri boleh menuntut supaya suami menggugurkan talaknya. Jika suami berdegil juga, tidak mahu menunaikan salah satu dari dua perkara tersebut, pihak kadhi berhak menggugurkan talak satu.
Sebahagian ulama’ berpendapat: apabila tempoh iilaa’ itu sampai empat bulan, suami tidak juga kembali kepada isterinya (mensetubuhi) dengan sendirinya gugur talak isteri itu sebagai talak ba’in.

KIFARAH IILAA’
Apabila suami mensetubuhi semula isteri yang diilaa’nya itu sebelum sampai empat bulan dari tarikh iilaa’nya, maka suami wajiblah membayar kifarah sumpahnya itu, kerana ia dianggap telah melanggar sumpah yang dibuatnya. Kifarah tersebut adalah seperti berikut:
1. Memberi sedekah makanan kepada sepuluh orang miskin, tiap-tiap seorang diberi secupak makanan yang asasi (beras di Malaysia) atau
2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miksin, atau
3. Memerdekakan seorang hamba yang mukmin.

RUKUN IILAA’
1. Suami yang mengiilaa’ (Halif).
2. Isteri yang disumpah (Mahluf alaihi).
3. Sesuatu yang dibuat sumpah dengannya (Mahluf bihi) iaitu dengan nama Allah, sifat-sifatnya dan sebagainya.
4. Masa (muddah).
5. Sighah (lafaz iilaa’).

SYARAT-SYARAT SUAMI YANG BERSUMPAH
1. Hendaklah yang bersumpah itu benar-benar suami, bukan tuan kepada hampa perempuan dan bukan orang asing.
2. Hendaklah suami itu sah talaknya jika ia menjatuhkan talak isterinya, ertinya suami itu bukan masih kanak-kanak, gila dan bukan yang dipaksa, kerana mereka itu tidak sah talaknya maka begitulah juga tidak sah iilaa’nya.
3. Suami bukan yang terpotong zakarnya atau mati pucuk kecuali jika perkara-perkara itu berlaku setelah iilaa’.

SYARAT: (SESUATU YANG DIBUAT SUMPAH)
Tidak dimestikan sumpah iilaa’ itu dengan menggunakan nama Allah atau sifat-sifatnya sahaja. Malah suami dikira mengiilaa’ isterinya jika mentaklidkan sumpah dengan talak, memerdekakan hamba atau melakukan sesuatu ibadat. Contohnya kata suami kepada isterinya: “Jika saya mensetubuhi awak maka wajib saya memerdekakan hamba atau bersedekah, puasa atau sembahyang dan sebagainya”.

SYARAT TEMPOH MASA IILAA’
Tempoh masa illa’ ialah lebih dari empat bulan, seperti kata suami: "Saya tidak akan mensetubuhi awak selama lima bulan." Atau pun tidak menghadkan masa selama seperti katanya: "Saya tidak akan mensetubuhi awak." Atau dikaitkan tempoh masa itu dengan sesuatu perkara yang akan berlaku tetapi masih jauh, katanya: "Saya tidak akan mensetubuhi awak sehingga saya mati atau awak mati atau si polan itu mati." Apabila seorang suami berkata kepada isterinya seperti contoh-contoh tersebut di atas, maka ia dianggap telah mengilla’ isterinya itu.
Jika suami berkata kepada isterinya: "Saya tidak akan mensetubuhi awak selama empat bulan." Perkataan yang sedemikian tidak dikatakan illa’, tetapi hanyalah sumpah bahasa, kerana tempoh masa tersebut tidak melebihi empat bulan.
Jika suami berkata kepada isterinya: "Demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak selama empat bulan." Dan apabila berlalu empat bulan, suami itu berkata lagi: "Saya tidak mahu mensetubuhi awak selama empat bulan." Kata-kata yang demikian dianggap suami itu telah menggilla’ isterinya, kerana sumpahnya itu telah melebihi empat bulan.
Jika ia berkata: "Demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak selama lima bulan." Apabila berlalu lima bulan, dia berkata lagi: "Demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak selama enam bulan." Kata-kata yang demikian dianggap suami telah melakukan dua kali illa’ dan tiap-tiap satu darinya mempunyai hukum-hukum yang berasingan.

SYARAT-SYARAT LAFAZ IILAA’
Lafaz illa’ terbahagi kepada dua:
1. Lafaz sarih: iaitu lafaz yang terang-terang menunjukkan illa’, tidak mengandungi erti yang lain, seperti kata suami: "Demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak."
2. Lafaz kinayah: iaitu lafaz yang boleh mengandungi erti yang lain selain dari illa’ dan lafaz kinayah ini memerlukan niat, seperti kata suami: "Demi Allah saya tidak akan sentuh awak, atau tidak akan memeluk awak."

BEBERAPA MASALAH BERHUBUNG DENGAN IILAA’
1. Jika isteri yang diiilaa’ itu sedang dalam masa idah raj’i, maka masa empat bulan itu dikira dari masa suami rujuk semula.
2. Jika isteri yang diilaa’ itu murtad, sakit gila atau mengerjakan haji yang wajib masa empat bulan itu akan terputus. Masa iilaa’ selama empat bulan itu dikira semula setelah isteri yang diilaa’ itu telah sihat atau selesai mengerjakan haji tersebut.
3. Jika isteri yang diilaa’ itu mengaku yang suaminya telah mensetubuhinya kembali setelah empat bulan masanya, sedangkan suami tidak mengakuinya, maka pihak isteri tidak berhak mengemukakan tuntutan lagi, kerana ia telah membuat pengakuan terlebih dahulu.
4. Jika suami mengulang-ulangkan sumpah iilaa’ itu beberapa kali hukumnya adalah seperti berikut:

(a) Sekiranya ia bermaksud dengan sumpah yang diulang-ulangnya itu hanya untuk menguatkan lagi sumpah yang pertama: kata-kata itu diakui dan diterima dengan syarat ia mesti bersumpah, yang ia bermaksud seperti di atas, sekalipun diulang sumpah itu pada tempat yang berlainan dan lama perantaraan masa antara sumpah pertama dan sumpah kedua yang berikutnya.
(b) Jika ia bermaksud dengan sumpah yang diulang-ulang itu sebagai sumpah yang lain, diterima dengan apa yang dimaksudkannya itu dan sumpah itu menjadi bertambah mengikut banyak mana diucapkan (dua atau pun tiga) atau seterusnya. Sekiranya bilangan sumpahnya banyak, untuk membatalkan kembali sumpahnya itu, memadai dengan hanya sekali jima’ (setubuh) dan cukup dengan membayar satu kifarah sahaja, begitu juga suami yang mengiilaa’ itu akan terlepas dari semua sumpahan jika ia menceraikan isterinya itu (ertinya tanpa dikenakan kifarah).
(c) Jika ia tidak bermaksud dengan sumpah iilaa’ yang diulangnya itu sebagai menguatkan sumpah yang pertama dan tidak pula ia bermaksud membuat satu-satu sumpah yang baru, maka hukumnya: -i- Dikira sumpah sahaja jika diulang sumpah itu pada satu tempat. -ii- Dikira berbilang sumpah tersebut mengikut bilangan yang diucapkan, sekiranya diulangi sumpah tersebut pada tempat-tempat yang berlainan.
Sumber: 1. ILMU FIQH (Munakahat)
2. Fiqh & Perundangan Islam Jilid VII
Isnin, Januari 12, 2009
Mesyuarat Agung Khas
Satu mesyuarat agung khas akan diadakan bagi mencalonkan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa MNY bagi sesi 2009-2012.
Tarikh Mesyuarat: 29 Januari 2009, selepas solat Magrib
Tempat: Dewan Solat
Jawatan yang perlu diisi.
Pegawai Masjid:
1. Nazir (minimum 3 pencalonan)
2. Imam I (minimum 1 pencalonan)
3. Imam II (minimum 1 pencalonan)
4. Imam III (minimum 1 pencalonan)
5. Bilal I (minimum 1 pencalonan)
6. Bilal II (minimum 1 pencalonan)
7. Siak I (minimum 1 pencalonan)
8. Siak II (minimum 1 pencalonan)
Jawatankuasa Kariah Masjid:
1. Timbalan Nazir (minimum 1 pencalonan)
2. Setiausaha (minimum 1 pencalonan)
3. Timbalan Setiausaha (minimum 1 pencalonan)
4. AJK (minimum 7 pencalonan)
5. Wakil Pemuda (minimum 1 pencalonan)
6. Wakil Wanita (minimum 1 pencalonan)
7. Pemeriksa Kira-Kira I (minimum 1 pencalonan)
8. Pemeriksa Kira-Kira II (minimum 1 pencalonan)
Borang Pencalonan boleh diperolehi di Pejabat MNY.

Ahad, Januari 04, 2009
Tentang Qunut Nazilah
HADIS PERTAMA
Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada solat Zuhur, ‘Ashar, Maghrib, Isya dan Subuh di akhir setiap solat, (yaitu) apabila ia mengucap Sami’Allahu liman hamidah di raka’at yang akhir, beliau mendo’akan kebinasaan atas kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada pada perkampungan Bani Sulaim, dan orang-orang di belakang beliau mengucapkan amin."
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnul Jarud, Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi. Dan Imam al-Hakim menambahkan bahwa Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus para da’i agar mereka (kabilah-kabilah itu) masuk Islam, tapi mereka membunuh para da’i itu. ‘Ikrimah berkata: Inilah pertama kali qunut diadakan.
HADIS KEDUA
Dari Anas, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan setelah bangkit dari ruku’, yakni mendo’a kebinasaan untuk satu kabilah dari kabilah-kabilah Arab, kemudian beliau meninggal-kannya (tidak melakukannya lagi).”
Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, an-Nasaa-i, ath-Thahawi.
Dalam hadis Ibnu Abbas dan hadits Anas menunjukkan bahawa pertama kali qunut dilakukan ialah ketika Bani Sulaim yang terdiri dari Kabilah Ri’lin, Hayyan, Dzakwan dan ‘Ushayyah meminta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar mahu mengajarkan mereka tentang Islam. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus kepada mereka tujuh puluh orang qurra’ (para penghafal al-Qur'an), sesampainya mereka di sumur Ma’unah, mereka (para qurra’) itu dibunuh semuanya.
Pada saat itu, tidak ada kesedihan yang lebih menyedihkan yang menimpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selain kejadian itu. Maka kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut selama satu bulan, yang kemudian beliau tinggalkan.
"Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka. Wahai tuhan yang gagah perkasa. Wahai tuhan yang penuh raksasa. Wahai tuhan yang bersifat murka. Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan. Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab. Kalahkan mereka. Kalahkan mereka. Kalahkan mereka. Dan menangkan kami ke atas mereka."

Jumaat, Januari 02, 2009
Kisah Sahabat - Bilal
Malam ini (Jumaat, 2 Jan 2009) Ustaz Sukri telah menamatkan Fasal Kesembilan, Kitab Tazkiatun Nafs - Mensucikan Jiwa.
Ringkasannya: Manusia yang mencari redha Allah mengambil langkah-langkah berikut:
1. Musyarathah - Penetapan Syarat.
2. Muraqabah - Pengawasan.
3. Muhasabah - Penilaian.
4. Mu'aqabah - Menghukum diri atas segala kekurangan.
5. Mujahadah - Bersungguh-sungguh.
6. Mu'atabah - Mencela diri.
Untuk memotivasikan diri, supaya mengambil langkah-langkah mnencari redha Allah, maka bolehlah kita membaca kisah-kasah sahabat. Sila ikuti kisah Bilal.....
BILAL DAN PENDERITAANNYA
Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan.
Umayyah bin Khalaf, pemusuh Islam yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."
Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang Esa)."
Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas.
Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.
Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"
Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan. Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w.
Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.

Labels:
Kuliah Magrib,
Mensucikan Jiwa,
Ustaz Sukri
Langgan:
Catatan (Atom)