Jumaat, Oktober 31, 2008

Jadual Kuliah Maghrib - November 2008

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan." (HR Abu Daud)

Sabtu 1/11 - Harfiah Al-Quran (Us Mat Salleh)
Ahad 2/11 - Panduan Memahami Al-Quran (Us Kausari Mansur)

Isnin 3/11 - Tafaqquh Fiddin (Us Amir Noor Hezan)
Rabu 5/11 - Bahasa Arab Komunikasi (Us Mat Salleh)
Khamis 6/11 - Bacaan Surah Al-Kahfi (Us Mohd Fazri)
Jumaat 7/11 - Mensucikan Jiwa (Us Shukri)
Sabtu 8/11 - Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Us Shamsuddin)

Selasa 11/11 - Tajwid Al-Quran (Us Syaiful Khan)
Rabu 12/11 - Risalah At-Tauhid (Us Mohd Aleh)
Khamis 13/11 -Bacaan Surah Al-Kahfi (Us Noor Rashid)
Jumaat 14/11 - Sirah Nabawiyah (Us Mohd Ismail)
Sabtu 15/10 -Harfiah Al-Quran (Us Mat Salleh)
Ahad 16/11 - Panduan Memahami Al-Quran (Us Kausari Mansur)

Selasa 18/11 - Tajwid Al-Quran (Us Syaiful Khan)
Rabu 19/11 - Mensucikan Jiwa (Us Shukri)
Khamis 20/11 - Bacaan Surah Al-Kahfi (Us Mohd Fazri)
Sabtu 22/11 - Tafsir Al-Quran (Us Shamsuddin)
Ahad 23/11 - Risalah At-Tauhid (Us Mohd Aleh)

Rabu 26/11 -Bahasa Arab Komunikasi (Us Mat Salleh)
Khamis 27/11 -Bacaan Surah Al-Kahfi (Us Noor Rashid)
Jumaat 28/11 -Sirah Nabawiyah (Us Mohd Ismail)
Sabtu 29/11 -Harfiah Al-Quran (Us Mat Salleh)

Sabtu, Oktober 25, 2008

Doa Abu Nawas


Al-i'tiraf

Ilahi lastu lilfirdausi ahla, walaa aqwa 'alannaaril jahiimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi, fainnaka ghafirudz- dzanbil 'adzimi....


Oh Tuhanku... aku tidak layak masuk syurga-Mu
tetapi aku tidak pula sanggup menghadapi seksa neraka-Mu
Maka kumohon taubat dan ampun atas dosaku
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar ....

Dzunubi mitslu a'daadir- rimaali, fahabli taubatan ya Dzal Jalaali,
Wa 'umri naaqishun fi kulli yaumi, wa dzanbi zaaidun kaifa -htimali


Dosa-dosaku seperti butiran pasir di pantai,
maka anugerahilah diriku taubat, wahai Yang Memiliki Keagungan
Dan umurku berkurang setiap hari,
sementara dosa-dosaku sentiasa bertambah, apalah dayaku

Ilahi 'abdukal 'aashi ataaka, muqirran bi dzunubi wa qad da'aaka
fain taghfir fa anta lidzaka ahlun, wain tadrud faman narju siwaaka

Oh Tuhanku... hamba-Mu penuh maksiat, datang kepada-Mu bersimpuh memohon ampunan,
Jika Engkau mengampuniku sememangnya Engkau adalah Pemilik Ampunan,
Tetapi jika Engkau tolak maka kepada siapa lagi aku berharap ?





Majlis Hari Raya MNY2008-Slide Video

MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA 1429H

Pengerusi & AJK Masjid Nurul Yaqin menjemput semua penduduk SS7 Kelana Jaya ke:
MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA
Sabtu, 25 Oktober 2008
1.45 ptg - 4 ptg
Perkarangan Masjid Nurul Yaqin
(All Residents are invited)

Rabu, Oktober 22, 2008

Selawat Syifa (Astro Oasis)

Selawat Syifa & Tafrijiyah

Penjelasan Tentang Kekeliruan Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiyah

Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini:




Terima kasih Webmaster Darussyifa’

Bacaan Tambahan:

1. Kontra: a. Menilai Selawat Syifa. b. Kesalahan Selawat Asy-Syifa.
2. Pro: a. Sholawat Syifa

Hukum Jampi

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Abdullah bin Mas’ud suatu hari melihat di leher isterinya terdapat tangkal benang. Lalu ia bertanya isterinya; ‘Apa ini?’. Jawab isterinya; ‘Tangkal yang dijampi untuk berlindung dari demam/rasa panas’.

Lantas Abdullah merentap tangkal tersebut dan membuangnya. Kemudian ia berkata kepada isterinya; ‘Sesungguhnya ahli keluarga Abdullah bebas dari syirik. Aku dengar Rasulullah bersabda; ‘Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik’.

Isteri Abdullah lalu menceritakan kepadanya; ‘Suatu suatu hari aku keluar dari rumah. Aku terserempak dengan seorang lelaki yang melihat aku dengan matanya (yakni menyihir aku dengan matanya) menyebabkan mataku sentiasa berair/mengalir air mata. Maka aku pergi kepada seorang yahudi dan ia mengajar kepadaku satu jampi. Apabila aku membaca jampi itu, mataku pun berhenti berair. Namun apabila aku meninggalkan jampi itu, mataku kembali berair’.

Abdullah berkata -memberi penjelasan kepada isterinya-; ‘Itulah mainan syaitan (untuk menyesatkan kamu). Apabila kamu taatinya (yakni dengan membaca jampi itu) ia biarkan kamu (yakni ia tidak menyakiti kamu), dan apabila kamu engkarinya (yakni dengan meninggalkan jampi itu), ia mencucuk mata kamu dengan jari-jarinya’.

Abdullah berkata lagi; ‘Jika kamu melakukan sebagaimana yang diajar Rasulullah s.a.w. adalah lebih baik dan lebih mudah sembuh iaitu kamu merenjiskan air ke matamu sambil membaca doa;

أَذْهِبِ الْبَاسْ. رَبَّ النَّاسْ. اِشْفِ، أَنْتَ الشَّافِي. لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَماً

"Jauhilah penyakit wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah Tuhan yang maha menyembuhkan. Tidak ada sembuhan melainkan sembuhan Engkau, sembuhan yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit”.(Riwayat Imam Ibnu Majah dari Zainab r.a.)

Bacaan tambahan:

1. Hukum Jampi
2. Hukum Rawatan Menggunakan Jampi Mentera dan Serapah
3. Batasan-Batasan Syarat Berubat dengan Jampi dan Tangkal

Jumaat, Oktober 17, 2008

Jadual Sijil Pengajian Awam Usuluddin Semester 2 (Sesi September - Disember 2008)

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kuliah disampaikan oleh pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

  • Ahad 19/10 -(8-10am)IUS203 Asas Dakwah (11am-1.30pm) IUS 202 Akhlak Islam
  • Ahad 26/10 -(8-10am)IUS203 Asas Dakwah (11am-1.30pm) IUS 202 Akhlak Islam
  • Ahad 02/11 -(8-9.30am)Bahasa Arab Komunikasi (9.30-11am)IUS201 Pemikiran Islam (11.30am-1pm) IUS 204 Seni Islam
  • Ahad 09/11 -(8-9.30am)Bahasa Arab Komunikasi (9.30-11am)IUS201 Pemikiran Islam (11.30am-1pm) IUS 204 Seni Islam
  • Ahad 16/11 -(8-9.30am)Bahasa Arab Komunikasi (9.30-11am)IUS201 Pemikiran Islam (11.30am-1pm) IUS 204 Seni Islam
  • Ahad 23/11 -(8-9.30am)Bahasa Arab Komunikasi (9.30-11am)IUS201 Pemikiran Islam (11.30am-1pm) IUS 204 Seni Islam
  • Ahad 30/11 -(8-9.30am)Bahasa Arab Komunikasi (9.30-11am)IUS201 Pemikiran Islam (11.30am-1pm) IUS 204 Seni Islam
  • Ahad 07/12 -(8-9.30am)Bahasa Arab Komunikasi (9.30-11am)IUS201 Pemikiran Islam (11.30am-1pm) IUS 204 Seni Islam
  • Ahad 14/12 -(8-9.30am)Bahasa Arab Komunikasi (9.30-11am)IUS201 Pemikiran Islam (11.30am-1pm) IUS 204 Seni Islam

Khamis, Oktober 16, 2008

Saham Wakaf Selangor (SWS)

Firman Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali Imran ayat 96, Maksudnya:

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

Hari ini, Jumaat 17/10, Majlis Agama Islam Selangor, telah membuka kaunter SWS di dewan sekolah KAFA, bermula jam 12 tengah hari.

Para ahli kariah yang tidak kesempatan berurusan pada hari ini bolehlah mendapatkan maklumat tambahan di sini:

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/wakaf.asp.

Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (Jabatan Perdana Menteri) ada menyediakan beberapa maklumat berguna untuk dirujuk disini:

http://www.jawhar.gov.my/wakaf/index.php

Jadual Kuliah Maghrib - Oktober 2008

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." (HR Abu ad-Darda' r.a)

Khamis 16/10 -Bacaan Surah Al-Kahfi (Us Noor Rashid)

Sabtu 18/10 -Harfiah Al-Quran (Us Mat Salleh)

Ahad 19/10 -Panduan Memahami Al-Quran (Us Kausari Mansur)

Selasa 21/10 -Tajwid Al-Quran (Us Syaiful Khan)

Rabu 22/10 -Bahasa Arab Komunikasi (Us Mat Salleh)

Khamis 23/10 -Bacaan Surah Al-Kahfi (Us Mohd Fazri)

Jumaat 24/10 -Sirah Nabawiyah (Us Mohd Ismail)

Sabtu 25/10 -Tafsir Al-Quran (Us Shamsuddin)

Ahad 26/10 -Risalah At-Tauhid (Us Mohd Aleh)

Selasa 28/10 -Tajwid Al-Quran (Us Syaiful Khan)

Rabu 29/10 -Bahasa Arab Komunikasi (Us Mat Salleh)

Khamis 30/10 -Bacaan Surah Al-Kahfi (Us Noor Rashid)

Jumaat 31/10 -Sirah Nabawiyah (Us Mohd Ismail)