Memaparkan catatan dengan label Nasyid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasyid. Papar semua catatan

Rabu, November 12, 2008

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Kepada Muslimin dan Muslimat, yang akan menunaikan haji:

Ahli Kariah mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji kepada semua umat Islam di negara ini terutamanya kepada Ahli Kariah SS7.

Ahli Kariah mendoakan semua selamat pergi dan kembali semula ke tanah air. Juga mendoakan diberikan kesihatan fizikal dan mental bagi menjalankan ibadah haji. Semoga semua bakal jemaah haji pada tahun ini akan diberikan Haji yang Mabrur kelak. Amin.

Untuk maklumat tentang ibadah haji, LZS (MAIS) menyediakan panduan ibadah haji serba ringkas.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Doa Abu Nawas


Al-i'tiraf

Ilahi lastu lilfirdausi ahla, walaa aqwa 'alannaaril jahiimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi, fainnaka ghafirudz- dzanbil 'adzimi....


Oh Tuhanku... aku tidak layak masuk syurga-Mu
tetapi aku tidak pula sanggup menghadapi seksa neraka-Mu
Maka kumohon taubat dan ampun atas dosaku
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar ....

Dzunubi mitslu a'daadir- rimaali, fahabli taubatan ya Dzal Jalaali,
Wa 'umri naaqishun fi kulli yaumi, wa dzanbi zaaidun kaifa -htimali


Dosa-dosaku seperti butiran pasir di pantai,
maka anugerahilah diriku taubat, wahai Yang Memiliki Keagungan
Dan umurku berkurang setiap hari,
sementara dosa-dosaku sentiasa bertambah, apalah dayaku

Ilahi 'abdukal 'aashi ataaka, muqirran bi dzunubi wa qad da'aaka
fain taghfir fa anta lidzaka ahlun, wain tadrud faman narju siwaaka

Oh Tuhanku... hamba-Mu penuh maksiat, datang kepada-Mu bersimpuh memohon ampunan,
Jika Engkau mengampuniku sememangnya Engkau adalah Pemilik Ampunan,
Tetapi jika Engkau tolak maka kepada siapa lagi aku berharap ?