Ahad, Disember 28, 2008

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Akhir Tahun


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Sabtu, Disember 27, 2008

Jadual Kuliah Maghrib - Januari 2009

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “. Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi.

Khamis 1/1 - Surah Al-Kahfi (Ustaz Mohd Fazri)
Jumaat 2/1 - Mensucikan Jiwa (Ustaz Shukri Idris)
Sabtu 3/1 - Harfiah Al-Quran (Ustaz Mat Salleh)
Ahad 4/1 - Memahami Al-Quran (Ustaz Kausari Mansur)

Isnin 5/1 - Penyakit Rohani & Rawatannya (Ustaz Amir Hezan)
Khamis 8/1 - Surah Al-Kahfi (Ustaz Noor Rashidi)
Jumaat 9/1 - Sirah Nbawiyah (Ustaz Mohd Ismail)
Sabtu 10/1 - Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Ustaz Shamsuddin)

Selasa 13/1 - Tajwid al-Quran (Ustaz Syaiful Khan)
Rabu 14/1 - Risalah at-Tauhid (Ustaz Mohd Aleh)
Khamis 15/1 - Surah Al-Kahfi (Ustaz Mohd Fazri)
Sabtu 17/1 - Harfiah Al-Quran (Ustaz Mat Salleh)
Ahad 18/1 - Memahami Al-Quran (Ustaz Kausari Mansur)

Isnin 19/1 - Penyakit Rohani & Rawatannya (Ustaz Amir Hezan)
Selasa 20/1 - Tajwid al-Quran (Ustaz Syaiful Khan)
Rabu 21/1 - Mensucikan Jiwa (Ustaz Shukri Idris)
Khamis 22/1 - Surah Al-Kahfi (Ustaz Noor Rashidi)
Jumaat 23/1 - Sirah Nbawiyah (Ustaz Mohd Ismail)
Sabtu 24/1 - Tafsir Al-Quran (Ustaz Shamsuddin)
Ahad 25/1 - Risalah at-Tauhid (Ustaz Mohd Aleh)

Khamis 29/1 - Surah Al-Kahfi (Ustaz Mohd Fazri)
Sabtu 31/1 - Harfiah Al-Quran (Ustaz Mat Salleh)

Isnin, Disember 22, 2008

Ibadah Korban Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Berikut ada sedikit perbincangan mengenai sunnah yang boleh diamalkan bagi orang yang berkorban:

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Maksudnya:“Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

“Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain.” – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.” – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

Rabu, Disember 17, 2008

Cantiknya Akhlak Nabi

Kisah berikut telah disampaikan oleh Ustaz Sukri, ketika kuliah Magrib (17 Dis 2008):

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar ra berkunjung ke rumah anaknya Aisyah ra yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah ra menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar ra.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana", kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar ra pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Ketika Abu Bakar ra mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar ra menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu diberikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar ra tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar ra, dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu ia menjadi muslim.

Sabtu, Disember 06, 2008

Pendaftaran Anak Kariah MNY

Mulai 2 Disember 2008, pihak pengurusan Masjid Nurul Yaqin sedang mengedarkan BORANG PENDAFTARAN ANAK KARIAH.

Ini adalah kerana Kerajaan Negeri Selangor sedang memperkemaskan maklumat anak kariah masjid. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan sebelum atau pada 16 Disember 2008.

Sesiapa yang belum mendaftar bolehlah mendapatkan borang di MNY.

Rabu, Disember 03, 2008

Dari Makkah al-Mukarramah مكة المكرمة

Ahli Kariah ingin menyampaikan pesanan dari Setiausaha Hj Hussin dan isterinya, yang kini berada Makkah al-Mukarramah مكة المكرمة:


"Sallam sahabat semua, insyaallah saya dan isteri akan memulakan perjalanan ke Arafah pada 6 dis bersamaan 8 zulhijjah utk berwukuf. Antara lain, kami akan memohon diampun segala dosa dari Allah swt tetapi Allah tidak akan memaafkan hambanya jika dosa sesama manusia masih belum selesai. Oleh itu kami ingin memohon maaf atas segala kesalahan yg disengaja atau tidak kepada semua yg pernah berurusan dgn kami. Selamat hari raya korban. Wassallam, Hussin dan isteri."

Ahli Kariah juga mengucapkan Selamat Kari Raya Korban kepada semua sahabat dan keluarga mereka yang sedang berada di Makkah al-Mukarramah مكة المكرمة yang bakal menunaikan fardu haji, dan tidak lupa juga kepada seluruh Muslimin di SS 7.